Wednesday, January 28, 2015

SIKAP PERGI MAMPUS


Sejak mengamalkan sikap pergi mampus, kehidupan aku meningkat 210% . 


hmm.. ye memang sejak mengamalkan konsep tue keceriaan meningkat.. 
berat pon meningkat sama. haha! 

Kadang-kadang dalam hidup kita nie ada saja orang yang menyakitkan hati sama ada 
berniat atau tidak. 

"ehh kau sakitkan hati orang boleh, bila kena kat kau tahu sakit hati". 

haa padanlah muka tuhh. hmm. heran pulak aku kan... 

So, semalam aku pon terlupa aku mengamalkan konsep ini, 

menangis. ehh buang masa lahh nak menangis bagai. 

Shima. jangan lupa kau suda mengamalkan konsep sikap pergi mampus. ehh mampus. 

SILA PERGI MAMPUS. heran pulak aku. hiks~



Tuesday, January 27, 2015

BUKIT AMPANG & STREET ART SHAH ALAM


Malam sabtu lepas 

Lepas makan dah tak tahu nak kemana, asyik pegi tempat biasa je pastu mula lah dah hilang arah tuju. Mijie pon decided nak pegi Bukit Ampang yang orang kata femes tuh. 

Femes sebab makan je aku rasa. HAHA! okay baiklah pegi sana makan makan & makan sampai aku kena ceramah ngan akbar kes tak control makan. hik hik hik. sori bar, aku seteresssss. 
Esok harinya , lepas kenanga terus gerak ke shah alam ss10 cari rumah sewa mijie, dapat keje kat Subang Jaya. "Budak Subang Jaya memang ada gaya macam hari-hari.. hari raya" haha. 

setel bab mijie terus ke street art shah alam. okay tak mau cita banyak lah. sebelom sampai street art pon dah makan banyak kat tepi jalan tuh. Semua kebulur aku pon tak faham perut tong apa sehh. haha





Awak kat manaa.. awak kat manaa...



Busuk! 




"i saw you in my dream"



amik gambar dalam instag je. malas nak search gambar whatsapp banyak sangat sampai 2k lebih. hewhew



YOU WILL BE FINE







'You will be fine.'

Wednesday, January 21, 2015

Mimpi Indah Celaka. Difaktab oleh ♛ LORD ZARA 札拉 ♛

Post arini aku nak share dari blog terfaktab. scroll scroll jumpa puisi nie. Puisi kah ?

 okay mari baca dan menghayati sambil layan keropok lekor dari terengganu.


Mimpi Indah Celaka. 
Difaktab oleh ♛ LORD ZARA 札拉 ♛

Bila kau bangun, terjaga dari mimpi yang indah.
Kau mungkin akan senyum tak sudah.
Tolak ketepi semua benda susah.
Kau hargai nikmat mimpi meriah.
Yang bikin kau bahagia dalam resah.
Dan hidup tidak bemakna pasrah.

Kau tidur lagi.
Terjaga dengan mimpi buruk bagaikan mati.
Kau tersentak dan enggan tidur lagi.
Otak mengganas memikir mimpi.
Apakah itu petanda hubungan ini.
Apakah itu satu petunjuk tentang duniawi?
Atau hanya mainan durjana penghuni neraka abadi?

Kau sayang dia.
Dia umpama satu kurnia.
Dia kau ibaratkan bagaikan mimpi ceria.
Dan engkau enggan terjaga.
Dan biarkan segalanya hilang begitu sahaja.
Bagi kau dia adalah syurga dunia.

Tapi bila dia menyeleweng, kau marah gila.
Mulalah kau kata celakanya kau sebab percaya.
Pada sumpah dia.
Pada janji dia.
Pada manusia lain yang konon kawan semata.
Walaupun nikmat tertipu itu hanya kau yang rasa.
Dia mula jadi neraka.

Ya, mimpi ada indah bahagia.
Ya, mimpi ada celaka durjana.





Monday, January 19, 2015

MOVE ON !

Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasal cinta cintun nie.
Aku bosan. Serius bosan. Kau ape tahu ? Semua orang boleh cakap macam-macam tapi aku yang rasa.. hati sendiri yang sakit orang lain boleh la cakap move on je wat pe tunggu orang gitu kau yang merana. Ye betol diri sendiri yang merana tapi nak buat camana.. hati & perasaan.

Now, i'll forget all about him, masa yang tepat untuk aku move on. Tak kira lah siapa pon dia.. aku dah malas pikir. kalau jumpa buat bodoh.. susah ape..

Makin berumur kenalah matang dari segala hal. Be matured my dear.. :)



"hidup jangan menunggu, teruskan. Kalau tak nanti penat, kena say sorry" (azry,2015)

"Hati lembut nie payah. Asyik makan hati je,, 
Tahniah ! 
Hidup bahagia tak perlu fikir apa-apa dalam hidup.
 Tahniah!
Suatu ketika aku memang dah tawar hati pergi mereput kau disana" (ejatejot,2015)




ATKINS DIET

DIET ATKINS ?

Ape tue ??
Tak faham apa itu ATKIN ? okay meh sini kita nak citer sikit..

Atkin nie adalah corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins, ia membantu seseorang tu untuk mengurangkan berat badan seperti aku melalui konsep pembakaran karbohidrat & lemak di dalam badan kita.. diet nie ada 4 peringkat

Phase 1 : induction

dimana sebagai permulaan dan pengenalan selama 2 minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan setiap individu.
Jangka masa : 2 minggu, 6 bulan sehingga 2 tahun/

Phase 2 : Ongoing Weight Loss (iaitu penyusutan berat badan)

Phase 3 : Pre- maintenance

Phase 4 : Lifetime Maintenance


Okay aku letak gambar lah senang citer..







tak nampak ? Sila klik gambar bagi besau ye. :)

Sunday, January 18, 2015

MR. HUMBLE CHEF

Nama kedai Humble.chef tapi aku panggil Mr.humble chef. Hikhik. Okay gedik. Kat sini macam-macam hadoo. Speghetti bolognese, carbonara,aglio oglio & pesto and paling special laksa goreng.. tapi aku nie kurang gemor cket yang lain

Tiap kali aku pegi sana wajib order Speghetti   bolognese  chicken. Aku &ayam kan tak dapat dipisahkan.. haha.. menu lain ada je tapi lebih kepada Speghetti   laa.. kalu makan sini sekali je aku penah order air itu pon sebab tak tahu mahal harga dia tapi bagi aku biasa je.. member aku pakat bawak mineral je. Harga pon murah beb! Makan pon kenyang..

So semalam malam jumaat aku ngan member-member p sana nak makan tapi tanjat titeww ada kek lah! Upenye depa beli for my belated birthday .  Oh sweet.. thanks korang! Dapat kek lagi. Haha.. serius kek tue sedap mane korang beli haaaa??














Love Korang :')

Saturday, January 17, 2015

MAKSUD TERSIRAT &TERSURAT

Kalau nak cakap pasal sastera nie aku tak berapa nak handal. Lagi2 kalau berkaitan ngan hati. Cehh phuii. HAHA!  Okay macam nie lah. Korang baca gambar aku bagi & korang sendiri faham. Actually aku pon masih mencari ape maksud gambar nie. Terlalu mendalam sampai aku tak pasti ape maksud dia. Haha.

Ini aku copy pastaa dari facebook member aku. Aku pon tak tahu rupanya hati dia sastera jugak. Susah nak faham jiwa orang sastera nie.

Kalu dulu orang tua cakap kalau diam tandanya dia setuju tapi sekarang tak boleh diguna pakai daa.
Kalau dia diam lagi aku tak faham apa maksud dia. Macam nak kena belajar sastera balik je nie. Okbaii. Haha

Lets check it  out!!



RINDU ke?

Aku tak tahu apa maksud rindu bagi  korang. Setiap rindu ada maksud dia yang tersendiri.
Macam aku. Rindu aku bila terdetiknya perasaan yang tak boleh diungkapkan. Tetiba rasa tak best, 

Hidup kau tak sempurna, tiap malam kau mimpi. Tapi itu rindu ke pada korang?atau meroyan? Haha ohh pless. Bila aku tanya orang diorang akan cakap itu perasaan je. Tapi bagi aku satu perasaan yang macam celaka jugak bila rindu kita tak berbalas.


Jangan salah faham maksud celaka tu. Korang, rindu mak ayah takkan celaka hidup kita tapi kalau rindu pada orang yang belom menjadi hak milik? Sendiri pikir. Hidup merana jiwa tak tenteram.
Kesian. Padan muka sendiri.




Friday, January 16, 2015

Happy Birthday to ME !




Alhamdulillah sudah sampai umur aku 23 tahun. Terima kasih mak melahirkan aku, terima kasih abah memberi aku cukup makan pakaian dan tunaikan pemintaan aku walaupon kekadang kena potpet dulu baru dapat. hihi.. biasalah anak bongsu kita minta semua dapatkan even susah nak dapatkannyaa. Tenkiuu mak abah. :')

Aku rasa setiap tahun sama je takde apa yang berubah, nak cakap celebrate birthday dengan kekawan g taman bawak belon & kek dok tepi tasik bergambar siap ada flower crown atas kepala memang takde lah semua itu angan angan je lebih.. HAHA! sebelah malam kuar dinner, eh candle light dinner dengan boyfriend lagi lah tak. Ko ingat telemovie 1 HARI yang remy ishak buat kat bini dia tue ke ? itu kalau jadi cam tue memang aku menangis gembiralah. haha.

Tiap kali birthday aku akan tunggu dapat free call dari MAXIS, tapi bila dah dapat haprak hancuss sebab aku tak dapat call orang. siot ce**** line semalam. Semua aku call kena rejected line tak okay. Eeeiii benci tol! dah la dapat free call pastu tak dapat call pulak memang hangin lah aku semalam. Sampaikan budak umah aku pon gelak je tengok aku nak marah. Haha, fone pon buat hal. haishh.. marah sampaikan tertido lah.

By the way, Thank you to everyone wished my birthday.. ada yang doakan rezeki berpanjangan, kesihatan,jodoh dan lain-lain. Aminn.. part aku paling suka mak aku ngan abah aku msg "semoga dapat jodoh, bila mak nak dapat menantu lagi". doakan yang terbaik untuk anakmu.. ada jodoh cepatlah kawen.. takde jodoh lagi kita enjoy dulu.. haha.

Semalam aku rasa hari yang istimewa walaupon xde sambut birthday bagai nak rak aku bersyukur masih ada kawan-kawan yang hantar mesej, facebook & twitter, whatsapp dan mereka melayan kerenah aku semalam. thankyou epul & ejat. aku pow diorang suh belanja aku makan. muahaha! well korang dapat gaji kann kebetulan birthday aku memang ngam lah! pastu kat ofis admin diorang nyanyi lagu birthday.. ohh so sweet. takkan aku lupakan even diorang bagi aku vitamin charps bebudak tue (kak ila), bagi sabun & conditioner 1 set hotel punya(hafiz) and kak pekjah conteng tupperware ikea aku & kek yang sweet cc to kak lin lan and rizman jugak. haha.
Foodcourt @ lagenda Publika

Panda!


nampak tak muka mengada dapat kek 40, Well awet muda katakan.. haha

Tq so much. 


*walaupon aku tak dapat msg wish birthday dari someone even dia tahu birthday aku..takpelah kawan lagi penting kot. :')

SELAMAT DATANG BLOG NO.3




Assalamualaikum,

Aku rasa ini blog aku yang no. 3. HAHA! gila tak penah-penah buat blog bebanyak. Blog lama aku dah lupa password, 2nd nak tutup.. sebabnya nak tutup buku lama lahh kononnyaaa phuii. kalu ko bukak balik kisah lama siap ko shima. haha..

okay la aku nie bukan selalu sangat hapdatee blog tapi sekarang oleh kerana aku suka menaip and a little bit bosangg baik aku update blog daripada aku tido ada faedahhnyaaa.. haha

okay itu je nak cakap. Selamat datang.. :)






Okay Depa (Niko&Oyen) say hye to uolls!