Thursday, March 17, 2016

2016

2015 
sudah berlalu, 
hidup masih seperti biasa
tiada apa yang berubah..
 meneruskan kehidupan harian seperti biasa. 
walaupon hati tercalar tapi..

Alhamdulillah

2016
seperti biasa
meneruskan hidup dengan rakan, sahabat, 
keluarga dan orang tersayang
semoga penghujung tahun ini 
ada ikatan yang lebih kukuh.

 Insya Allah..

Wednesday, June 10, 2015

SUSAH

SUSAH 

SUSAH ke nak bagitahu?
SUSAH ke nak jujur?
SUSAH ke nak berterus terang ?

SUSAH ke nak buka mulut untuk menceritakan hal sebenar? 

pertanyaan demi pertanyaan. soalan tak menjawab dan please JUJUR boleh ?


Monday, May 18, 2015

Bertabahlah

Bertenanglah Wahai Perempuan.
"Aku dah penat untuk sentiasa jadi yang terbaik. Akhirnya kena tinggal jugak. Jadi yang terbaik pun asyik kena sailang memanjang.  Baik aku jadi playgirl. Puas hati, hidup pun seronok." 


Menjadi yang terbaik.  Acapkali aku perhatikan perempuan sentiasa memaksa diri
untuk menjadi yang terbaik,yang tercantik, yang terhebat dan segala bagai yang lagi lah dalam sesuatu perhubungan.  Lelaki?


Ikut suka dia. Masa awal kenal pun rupa macam tu,
dah nak putus dan bila dah putus pun masih macam tu juga. Untuk berubah itu bukan lelaki.  Diorang tetap kekal sama seperti yang asal. Berlainan sungguh dari perihal sang perempuan. Kenapa ya?
Kenapa perlu kau mencipta diri untuk menjadi yang ter
baik sedangkan

 kau sedar jiwa raga hampir pupus?
kudrat makin longlai, nyawa hampir ke penghujung demi ingin menyediakan yang terbaik itu?

Kau cemas dalam persaingan yang tiada, kau lemas dalam cemburu yang kau bina,
kau bercelaru pada keadaan yang tenang. Bertenanglah.

Antara sedar tak sedar, engkau yang sedang bertungkus lumus untuk menjadi
yang terbaik itulah yang telah menjadi penyebab untuk si dia berlalu pergi tanpa alasan. Jadi di mana yang terbaik itu mahu dipamerkan pula? Nah, bertenang.
Itu saja kata kuncinya.

Bertenang dalam segala hal.

Bertenang dalam setiap situasi. Bertenang dalam mengawal diri.
Bertenang untuk tidak cuba menukar diri menjadi sesuatu yang lain. 

Bertenang mendengar setiap keluhan dan setiap permasalahan yang timbul.

 Bertenanglah.

Jika kau dapat menghadirkan ketenangan dalam diri dan si dia masih cuba untuk bermain-main kayu tiga atau empat di belakang, percayalah. 

Rasa bersalah itu sendiri yang akan bertandang menemui si dia. Dan tidak mustahil si dia akan melutut kembali dan menuntut jutaan kemaafan.

"Kehidupan ini sering menjanjikan yang terbaik.

Perjalanan kita sering dihidangkan dengan kesempurnaan.

Tapi sedarkah bahawa yang terbaik dan kesempurnaan itu hanya palsu belaka?

Tiada yang terbaik,
 hanya ada yang baik. Dan sempurna itu, hampir tiada langsung."

Artikel nie aku copy paste dari terfaktab zine :
bagi aku ini adalah sedikit sebanyak memberi semangat pada aku
untuk hadapi situasi yang entah pape tuh. sabar lah wahai hati..
kau kuat kan? :
)

Thursday, March 19, 2015

LELAKI

Sambil-sambil layan lagu YUNa - lelaki, aku terpikir kenapa harus jatuh cinta dengan lelaki.. Bermula dari pertemuan, perkenalan, dan mungkin juga perpisahan.

Ye, betol kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan aku akui memang betul tak kira lah dengan siapa kau bertemu dan berpisah kau mesti kena ready untuk hadap situasi tue. Dulu aku tak pernah fikir aku akan bertemu dengan si dia dan tak mungkin berpisah tapi jalan kerja Allah S.W.T yang aturkan.. Aku redha walaupon kecewa dia taklah seteruk mana kan.. kawan kawan aku tahu perasaan aku masa tue sampaikan aku nak berkawan dengan orang lain diorang siap pesan " aten, kau berkawan jangan taruh harapan tinggi pasni ye, aku tahu kau macam mana, sekali kau dah jatuh kau susah nak bangun" . aku tunduk je, ye betol tapi dengan berkat doa,, pujukan kawan kawan semangat yang mereka beri aku bangkit dengan senyuman.

Bagi aku semua lelaki sama. memberi harapan dan tinggalkan harapan tapi aku tahu dalam semua tue pasti ada seorang yang tak sama. Kau kena ingat.. dalam dunia nie tak ada yang baik separuh nak mati kau akan kenal dengan ramai orang.. ye bukan nak bajet alim pon tapi itu realitinya.. dan susah nak jumpa orang yang begitu jujur dalam keburukan dia. kau ada kau citer kat orang keburukan luar dalam kau kat orang yang baru kau kenal?? silap silap hari ni berkawan esok hilang terus. Dalam situasi nie aku berjumpa dengan seseorang.. begitu jujur luar dalam.. mungkin bagi orang akan cakap dia hanyalah sweet talker yang nak mengayat kau je tapi aku tak rasa itu tujuan dia.

Semakin kita kenal dia kita tahu apa yang berlaku.. jadi jujur jela buat apa nak simpan tapi kalau itu boleh mengaibkan kau simpan dalam dalam kunci mangga terus. tutup rapat. bagus orang macam nie. hihi..

dan aku, biar aku kenal dia luar dan dalam.. baru boleh judge dia macam mana..






**Well, kalau kau baca nie aku nak bagi tahu kau terima kasih sebab jujur ngan aku. Sayang kau buncit. haha!

Sunday, February 8, 2015

GUNA SEBENTAR

4 buah buku.

Catatan matlutfi
Pinjam
Dari KL ke Tg. Malim
1 lagi buku aku lupa. Haha

Semua nie konon nak membaca. So bagi aku masa bercinta dengan semua buku nie.

Bagi aku masa untuk habiskan masa-masa aku bersama dengan  ini.

Bercinta ?  Hm kemudian jelah. Ada masa ada jodoh ada hari ada hati kita bersatu jugak. Haha

3.15 am kau jiwang kenapa hah?

Okbai.

Saturday, February 7, 2015

MENGADA

Hey engkau disana.
Aku disini

Tapi kenapa aku merasa dekat ngan kau? Walau jarang berjumpa.

Ohh hati. Tolong aku penat. Jangan kau nak mengada-ngada dengan semua berkenaan hati & perasaan.

Kau jangan cari pasal. Kau sakit nanti.

Friday, February 6, 2015

BONUS!

Tak pernah aku bermimpi untuk bercinta dengan dia

Tapi..
Tapi..

Kalu bertepuk tangan berbunyi itu satu bonus buat aku!

Okbaii.