Monday, May 18, 2015

Bertabahlah

Bertenanglah Wahai Perempuan.
"Aku dah penat untuk sentiasa jadi yang terbaik. Akhirnya kena tinggal jugak. Jadi yang terbaik pun asyik kena sailang memanjang.  Baik aku jadi playgirl. Puas hati, hidup pun seronok." 


Menjadi yang terbaik.  Acapkali aku perhatikan perempuan sentiasa memaksa diri
untuk menjadi yang terbaik,yang tercantik, yang terhebat dan segala bagai yang lagi lah dalam sesuatu perhubungan.  Lelaki?


Ikut suka dia. Masa awal kenal pun rupa macam tu,
dah nak putus dan bila dah putus pun masih macam tu juga. Untuk berubah itu bukan lelaki.  Diorang tetap kekal sama seperti yang asal. Berlainan sungguh dari perihal sang perempuan. Kenapa ya?
Kenapa perlu kau mencipta diri untuk menjadi yang ter
baik sedangkan

 kau sedar jiwa raga hampir pupus?
kudrat makin longlai, nyawa hampir ke penghujung demi ingin menyediakan yang terbaik itu?

Kau cemas dalam persaingan yang tiada, kau lemas dalam cemburu yang kau bina,
kau bercelaru pada keadaan yang tenang. Bertenanglah.

Antara sedar tak sedar, engkau yang sedang bertungkus lumus untuk menjadi
yang terbaik itulah yang telah menjadi penyebab untuk si dia berlalu pergi tanpa alasan. Jadi di mana yang terbaik itu mahu dipamerkan pula? Nah, bertenang.
Itu saja kata kuncinya.

Bertenang dalam segala hal.

Bertenang dalam setiap situasi. Bertenang dalam mengawal diri.
Bertenang untuk tidak cuba menukar diri menjadi sesuatu yang lain. 

Bertenang mendengar setiap keluhan dan setiap permasalahan yang timbul.

 Bertenanglah.

Jika kau dapat menghadirkan ketenangan dalam diri dan si dia masih cuba untuk bermain-main kayu tiga atau empat di belakang, percayalah. 

Rasa bersalah itu sendiri yang akan bertandang menemui si dia. Dan tidak mustahil si dia akan melutut kembali dan menuntut jutaan kemaafan.

"Kehidupan ini sering menjanjikan yang terbaik.

Perjalanan kita sering dihidangkan dengan kesempurnaan.

Tapi sedarkah bahawa yang terbaik dan kesempurnaan itu hanya palsu belaka?

Tiada yang terbaik,
 hanya ada yang baik. Dan sempurna itu, hampir tiada langsung."

Artikel nie aku copy paste dari terfaktab zine :
bagi aku ini adalah sedikit sebanyak memberi semangat pada aku
untuk hadapi situasi yang entah pape tuh. sabar lah wahai hati..
kau kuat kan? :
)

No comments:

Post a Comment